fbpx
KEMPEN SAWIT ANUGERAH TUHAN

lndustri minyak sawit Malaysia merupakan salah satu tonggak utama ekonomi negara. Dengan pendapatan eksport yang bernilai berbilion ringgit setiap tahun serta pelbagai peluang dan jenis pekerjaan yang disediakannya, industri ini memainkan peranan yang besar dalam membangunkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di negara ini. Sesungguhnya minyak sawit Malaysia ialah satu Anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

 

Menyedari kepentingan dan peranan besar yang dimainkan oleh industri sawit ini, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan kempen Sawit Anugerah Tuhan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

img-about1
img-about2

Tujuan utama kempen ini adalah untuk menghargai sumbangan besar industri minyak sawit kepada pembangunan sosioekonomi di Malaysia, terutamanya dalam meningkatkan taraf hidup rakyat di luar bandar, meningkatkan lagi kesedaran orang ramai terhadap khasiat dan kebaikan minyak sawit Malaysia serta menangkis kempen-kempen anti-minyak sawit yang memberikan gambaran tidak tepat mengenai kemampanan tanaman sawit serta khasiat minyaknya kepada kesihatan. Diterajui oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), kempen ini tertumpu di peringkat kebangsaan sebelum ia dikembangkan ke peringkat antarabangsa.

 

Pelbagai aktiviti promosi yang menggabungkan elemen pendidikan melalui media sosial, tarikan visual, dan nilai estetika akan dilaksanakan untuk menjayakan kempen ini.

OBJEKTIF KEMPEN

icon-campaign-1

Untuk mempromosikan kemampanan industri minyak sawit Malaysia di dalam dan luar negara dengan menggunakan elemen pendidikan melalui media sosial, tarikan visual dan nilai estetika.

icon-campaign-2

Untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai peranan dan sumbangan besar industri minyak sawit dalam pembangunan sosioekonomi negara, di samping khasiat dan kebaikannya kepada kesihatan.

icon-campaign-3

Untuk mempromosikan kemampanan industri minyak sawit Malaysia di dalam dan luar negara serta menangkis kempen-kempen anti­ minyak sawit yang bertujuan untuk memburuk-burukkan imej minyak sawit serta menggugat tanggapan umum mengenainya.

LOGO

Logo kempen ini mewakili konsep kemampanan dan kehebatan melalui kombinasi empat warna menarik.

© 2021 Copyright Malaysian Palm Oil Council. All Rights Reserved.

Design by Malaysia Web Design Company.