fbpx

TANAMAN SAWIT

Sawit atau nama saintifiknya, Elaeis guineensis Jacq, berasal dari Afrika Barat. Ia pertama kali dibawa masuk ke negara ini oleh orang Inggeris pada tahun 1870-an sebagai tanaman hiasan.


Namun, negara-negara lain sudah mengenalinya berdasarkan bukti awal penggunaannya:


Kesan minyak sawit yang dijumpai dalam tempayan pengebumian yang berusia 5000 tahun di Abydos, Mesir.

Sebagai bahan pertukaran dalam sistem barter untuk mendapatkan garam berkurun dahulu.

Sebagai minyak pelincir jentera dan bahan asas untuk menghasilkan lilin, sabun dan marjerin pada kurun ke-19 di Eropah.

img-oilpalm

Penanaman sawit bermula secara besar-besaran di Malaysia pada tahun 1960-an. Ini diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai skim untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup di kalangan penduduk luar bandar.


Kini, tanaman sawit tumbuh dan berkembang di ladang yang terdapat di seluruh negara, dari Perlis hingga Sabah.

img-sawit-tree

POKOK SAWIT

Pokok sawit benar-benar menguntungkan. Ia boleh mengeluarkan hasil yang berterusan selama 20 hingga 30 tahun. Penanaman sawit memerlukan keluasan tanah yang lebih kecil berbanding tanaman minyak sayuran lain.

graph-bm

BUAH SAWIT

Pokok sawit yang sihat dapat menghasilkan kira-kira 26 Buah Tandan Segar (BTS) setiap tahun. Apabila buah sawit masak, ia akan bertukar menjadi warna merah keemasan. Ia mestilah dituai dan dihantar ke kilang dengan segera untuk memastikan minyak yang dihasilkan berkualiti tinggi.

Buah sawit menghasilkan 2 jenis minyak:

  1. Minyak sawit dihasilkan dari bahagian sabut (mesocarpa)
  2. Minyak isirung sawit dihasilkan dari bahagian isirung (biji)
img-intro3-bm

PEMPROSESAN MINYAK SAWIT

Minyak Sawit Malaysia
BAIK DAN BERKHASIAT

img-intro5

Amat sesuai untuk
MENGGORENG & MEMASAK

Stabil pada suhu tinggi

Kurang mengeluarkan asap, percikan dan buih

Kurang menghasilkan sisa melekit pada dinding dan alatan memasak

BAIK UNTUK KESIHATAN

Membantu menyerap Vitamin A,D,E & K

Bebas Lemak Trans dan Kolesterol

Kaya Vitamin E Tokotrienol

Sesuai untuk Vegan

Bebas GMO

img-intro6

Peranan
VITAMIN E
TOKOTRIENOL

vite-1

Memberi perlindungan
kepada sel-sel saraf

vite-2

Mampu mencegah
penularan sel-sel kanser

vite-3

Melindungi daripada
penyakit jantung

Minyak Sawit Merah Malaysia
KAYA DENGAN PROVITAMIN A KAROTENOID

icon-sawitmerah-1

Melalui proses penapisan khusus yang berupaya mengekalkan kandungan asli Provitamin A Karotenoid

icon-sawitmerah-2

Mengandungi kombinasi antioksidan yang sangat berkesan

icon-sawitmerah-3

Melindungi daripada penyakit jantung dan mencegah penularan sel-sel kanser

icon-sawitmerah-4

Juga kaya Vitamin E
Tokotrienol

icon-sawitmerah-5

Meningkatkan sistem imun badan

KEGUNAAN MINYAK SAWIT

Sangat sesuai digunakan dalam semua cara penyediaan makanan

© 2021 Copyright Malaysian Palm Oil Council. All Rights Reserved.

Design by Malaysia Web Design Company.